Latar Belakang
Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) ditubuhkan pada tahun 2000 hasil daripada resolusi Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam pertama serta dipimpin oleh YAB Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam selaku Presiden DMDI. Ia merupakan sebuah Syarikat Kerajaan Negeri Melaka yang bertindak untuk mempromosi kesatuan dan perpaduan di antara umat Melayu-Islam di samping menggalakkan kerjasama dalam segala aspek pembangunan di antara umat-Melayu Islam dengan bangsa-bangsa lain di dunia.
Misi
Menyelaraskan program - program pertemuan / lokakarya / konvensyen di lokasi - lokasi berlainan serta memantau program - program pembangulam seluruh dunia ;
- Merumuskan dasar-dasar hubungan umat Melayu-Islam sedunia bagi memudahkan kerjasama dalam pelbagai bidang terutama sekali Ekonomi, Teknologi Maklumat, Sosio-Budaya, Belia, Wanita, Pendidikan, Agama dan Pelancongan ;
- Mewujudkan mekanisme yang membolehkan bantuan serta perkhidmatan di gembeling bagi manfaat masyarakat Melayu-Islam yang kurang mampu dan memerlukan ;
- Menjadi badan bebas yang mempromosi kesatuan dan perpaduan di antara umat Melayu - Islam sedunia disamping menggalakkan kerjasama di antara umat Melayu - Islam dengan bangsa-bangsa lain di dunia.
Objektif
-
Memberi ruang kepada pemimpin-pemimpin dunia Melayu dan Islam membincangkan kepentingan bersama mengenai semua bidang seperti ekonomi, kebudayaan, sosial serta Sains dan Teknologi.
- Menjal